Assalmualaikum semua :)
Alhamdulillah ana baru je pulang dari kem briged. Ecece baru balik kem dah berinteraksi guna ana-enti.
Wah best gilerzzzzzzrrzz . Sumpah tak tipu. Accomodation paling boleh puji. Bilik ada aircond ada tv. Astro okayyyyy. Macam bukan kem lol. Satu bilik share 4 orang. Paling bersyukur. Tandas takde la saingan sangat. ada water heater! Apa lagi? Makan pun buffet okayyyyy tak payah basuh pinggan. Lepas makan tinggal ke pinggan atas meja.ada orang kutip. Memang berbaloi duit 120 aku spend utk kem ni
Aktiviti pun best!
Hari first sampai memang we got hit into some problems yang sebenarnya salah resort tu tapi! takpe dah overcome dgn baik.
And hari first jugak, i got absailinggggg.
Memang teruk sangat. Sbab thats my first time tau. Beberapa kali kena marah dengan renjer. Aku lepas tangan belakang and tergantung dkat situ.
And masa tergantung kat tali tu, aku gitau renjer "nok naik...." masa tu takut gilaaaaa. Renjer suruh aku depakan tangan. Jangan pegang tali. Aku lepas. And renjer sorang lagi lepas kan tali fuuuuuuu sekelip mata dah sampai ke tanah. Lol kirannya aku sampai ke tanah tu bukan sebab usaha aku sendiri tapi renjer yang buat. Tapi tak menyesal pun at least dapat pengalaman naik benda tu kan. I got a few cut dekat siku. Both siku luka and a bruise dekat knee. Tapi okay je. Amani kan kuat eheks
Hari kedua main main main juga.
Got a ceramah by sir syafiq fadeli. Hes so wow! Motivater paling cool 8)
Biar aku share sini apa hok aku ingat. 1. Nak bangun awal? Buat qailullah 10 minit sebelum zohor.
Cara nak bangun lepas loceng berbunyi? Dia selalu buat katanya, lompat dari katil. Tergolek sampai jatuh pun takpe asal tak melekap je badan tu atas tilam. And also get the quality sleep. Biar badan betul2 rehat.
Then, ada kata pujangga "jadilah orang yang hidupnya buat orang lain gembira, matinya orang menangis"
Cth yang recently ni tokguru Nik Aziz. Ramai orang2 besar datang. Ulama pun ada. Orang2 kehormat. Rakyat2 kelantan pun datang nak bagi penghormatan terakhir. Kenapa? Sebab dia buat baik dengan semua orang jadi ramai la oraag akan tangisi pemergiannya
Contoh lain. Katalah. Ada sorang mat rempit ni, mati accident.
Sape yang datang? Mestila kawan- kawan mat rempit jugak, yang pakai seluar carik, ilmu agama pun cukup ke tak wallahua'lam.
Kenapa kawan2 yang mat rempit datang? Sebab dia(arwah) buat baik dengan mat rempit je. Dia derhaka dengan ibu bapa. Kawan2 dia yang baik dia suka buli dia buat itu ini. Kaum kerabat dia tak hormat. Jadi buat apa orang nak tangisi pemergian dia.
Ni lah sebab kenapa kita kena buat baik dgn semua orang. Bukan dengan kawan2 je. Dengan orang ramai. Dengan peminta sedekah sekalipun. Supaya kehadiran kita, kehidupan kita ni bagi kegembiraan kpd orang lain. Bagi manfaat kepada orang sekeliling.
Even artis mati, kawan2 artis yang datang melawat. Peminat2 yang melawat.
Orang yang datang melawat jenazah kita tu ialah orang yang kita buat baik padanya masa hayat kita.
Hadis nabi "sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain"
Alah panjang pulak ceramah i. Hahahahaa
Malam last tu ada malam kebudayaan. Group aku, group 8.
Hahahha group senior yang selau lambat. Paling taktahu apa2. Tapi cool jep lol. Buat tarian penguin malam tu. Malu tapi takkesah sebab semua penonton cam happy. Wah macam bagi manfaat kat orang len.
Last2 dapat nombo 2 !!! Wakakaka tak sangka tul boleh menang
Last day, berubut tandas sebab bangun lambat hahahahha. Ada game sebelum balik. Main itu main ni. Best gak la game tu
Masa buat perasmian penutup, sebak gila masa tuuuuuu menitis air mata jantan i ekekek. Kak aishah bagi penghargaan pada semua peserta. Last dah kem bbqc tahun ni. Kem bbqc terakhir untuk semirang. Dah takde bbqc lepas ni. Sedih ggggggileeee uhuhu TT
OK LA BAI. NAK NANGIS. ASSALMUALAIKUM